Kewartawanan secara umumnya adalah satu bidang komunikasi yang mana
wartawan berperanan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada orang
ramai. Perkara paling mendasar yang membezakan kewartawanan Islam dan Konvensional
ialah Kewartawanan Islam adalah satu profesion yang berpandukan kepada al-Quran
dan Sunnah. Kewartawanan Islam mementingkan pegangan tauhid yang kukuh,
menghayati, serta melaksanakan suruhan Islam dengan penuh keikhlasan dan
bertujuan untuk menegakkan agama Allah.
Tujuan kewartawanan Islam adalah
menanam nilai yang baik dalam individu, menegakkan amal maaruf nahi mungkar dan
menyebarkan dakwah Islam. Ini penting terutamanya dalam era teknologi dan
globalisasi di mana agama Islam itu sendiri telah menghadapi pelbagai cabaran.
Asas usaha dakwah ialah mengajak dan menyeru umat Islam supaya beriman serta
berpegang teguh kkepada suruhan Allah dan sunnah Rasul-Nya. Dalam surah an Nahl
, ayat 125 , Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Serulah kejalan Tuhanmu
(wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih
baik.” (Zulkiple Abd. Ghani, 2010)
Dengan itu,wartawan adalah orang yang sesuai
untuk menjadi pendakwah dan pendidik ini kerana wartawaan adalah seseorang yang
mempunyai banyak maklumat dan berpendidikan dengan pengalaman yang banyak
wartawan mempunyai banyak ciri yang diperlukan untuk menjadi pendidik dan
mendidik ganerasi akan datang. , jelas wartawan berupaya menjalankan usaha
dakwah menerusi kandungan penulisan serta bahan siaran yangdisampaikan kepada
khalayak (Zulkiple Abd. Ghani, 2010).Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah
al-Baqarah, ayat 42 yang bermaksud,”janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan
kebatilan serta kamumenyembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat
sebenarnya).” Pendakwah boleh bersifat individu, organisasi, negara dan ummah
keseluruhannya yangmenyampaikan mesej Islam secara verbal dan non-verbal.
wartawan yang baik harus mampu menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih,
sekaligus dapatmenyumbang kepada pembangunan minda yang seimbang di kalangan
khalayak.
Media baru seperti 'blog' yang
sekarang ini tumbuh bagai cendawan setiap hari telah disalagunakan kerana
terdapat usaha-usaha memburukkan dan menyebarkan fitnah tentang Islam. Oleh
sebab itu wartawan Muslim perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Islam. Sikap bersangka baik
juga harus diperbanyakkan oleh seorang wartawan Muslim kerana menurut Imam
Tantawi antara hukum terbaik oleh syariat Islam untuk memerangi propaganda dan
berita palsu ialah membiasakan manusia supaya bersangka baik sesama mereka
kerana Al-Quran telah menyatakan bahawa bersangka baik terhadap orang lain
merupakan sifat orang yang benarbenar beriman. Wartawan Muslim yang sebenar
adalah wartawan yang komited, kuat bekerja, ikhlas dan sentiasa berharapkan
keberkatan dan keredhaan Allah. Nama- nama seperti Abdullah Munsyi, A.Rahim
Kajai, Zaaba, Tok Kenali, Samad Ismail, Burhanuddin Helmi dan ramai lagi adalah
contoh wartawan terbaik dalam bidang kewartawanan Islam kerana sumbangan besar
mereka dalam bidang penulisan.
Seorang wartawan, jurugambar,
penulis skrip, pelayan web, pereka grafik dan pelbagai lagi profesyen yang bekerja
untuk Islam dan kesejahteraan ummah termasuk dalam kategori pendakwah.
Berpandukan kepada asas yang dianjurkan Islam Pandangan ini turut disokong oleh
kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Dato’ Dr. Mashitah
Ibrahim ketika merasmikan Kursus Kewartawanan Islamanjuran Yayasan Taqwa dan
MPI (Malaysia Press Institute). Beliau menyebut bahawawartawan Islam sebenarnya
berperanan besar serta memikul tanggungjawab yang berat terhadap masyarakat. ”Wartawan Islam adalah seorang pendidik,
pendakwah dan pemimpin.” (Mstar Online, 30 Jun 2009)