Kewartawanan secara umumnya
adalah satu bidang komunikasi yang mana wartawan berperanan sebagai medium
untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Perkara paling mendasar yang
membezakan kewartawanan Islam dan Konvensional ialah Kewartawanan Islam adalah
satu profesion yang berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah. Kewartawanan Islam
mementingkan pegangan tauhid yang kukuh, menghayati, serta melaksanakan suruhan
Islam dengan penuh keikhlasan dan bertujuan untuk menegakkan agama Allah.
Tujuan kewartawanan Islam adalah menanam nilai
yang baik dalam individu, menegakkan amal maaruf nahi mungkar dan menyebarkan
dakwah Islam. Ini penting terutamanya dalam era teknologi dan globalisasi di
mana agama Islam itu sendiri telah menghadapi pelbagai cabaran. Asas usaha
dakwah ialah mengajak dan menyeru umat Islam supaya beriman serta berpegang
teguh kepada suruhan Allah dan sunnah Rasul-Nya. Dalam surah an Nahl,ayat 125,
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” (Zulkiple
Abd. Ghani, 2010)
Dengan
itu,wartawan adalah orang yang sesuai untuk menjadi pendakwah dan pendidik ini
kerana wartawaan adalah seseorang yang mempunyai banyak maklumat dan berpendidikan
dengan pengalaman yang banyak wartawan mempunyai banyak ciri yang diperlukan
untuk menjadi pendidik dan mendidik ganerasi akan datang. , jelas wartawan
berupaya menjalankan usaha dakwah menerusi kandungan penulisan serta bahan
siaran yangdisampaikan kepada khalayak (Zulkiple Abd. Ghani, 2010).Berdasarkan
firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 42 yang bermaksud,”janganlah kamu
menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamumenyembunyikan kebenaran
walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya).” Pendakwah boleh bersifat individu,
organisasi, negara dan ummah keseluruhannya yangmenyampaikan mesej Islam secara
verbal dan non-verbal. wartawan yang baik harus mampu menyampaikan maklumat
yang tepat dan sahih, sekaligus dapatmenyumbang kepada pembangunan minda yang
seimbang di kalangan khalayak.
Media baru seperti 'blog' yang
sekarang ini tumbuh bagai cendawan setiap hari telah disalagunakan kerana
terdapat usaha-usaha memburukkan dan menyebarkan fitnah tentang Islam. Oleh
sebab itu wartawan Muslim perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Islam. Sikap bersangka baik
juga harus diperbanyakkan oleh seorang wartawan Muslim kerana menurut Imam
Tantawi antara hukum terbaik oleh syariat Islam untuk memerangi propaganda dan
berita palsu ialah membiasakan manusia supaya bersangka baik sesama mereka
kerana Al-Quran telah menyatakan bahawa bersangka baik terhadap orang lain
merupakan sifat orang yang benarbenar beriman. Wartawan Muslim yang sebenar adalah
wartawan yang komited, kuat bekerja, ikhlas dan sentiasa berharapkan keberkatan
dan keredhaan Allah. Nama- nama seperti Abdullah Munsyi, A.Rahim Kajai, Zaaba,
Tok Kenali, Samad Ismail, Burhanuddin Helmi dan ramai lagi adalah contoh
wartawan terbaik dalam bidang kewartawanan Islam kerana sumbangan besar mereka
dalam bidang penulisan.
Seorang wartawan, jurugambar,
penulis skrip, pelayan web, pereka grafik dan pelbagai lagi profesyen yang
bekerja untuk Islam dan kesejahteraan ummah termasuk dalam kategori pendakwah.
Berpandukan kepada asas yang dianjurkan Islam Pandangan ini turut disokong oleh
kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Dato’ Dr. Mashitah
Ibrahim ketika merasmikan Kursus Kewartawanan Islamanjuran Yayasan Taqwa dan
MPI (Malaysia Press Institute). Beliau menyebut bahawawartawan Islam sebenarnya
berperanan besar serta memikul tanggungjawab yang berat terhadap masyarakat. ”Wartawan Islam adalah seorang pendidik,
pendakwah dan pemimpin.” (Mstar Online, 30 Jun 2009)