Wartawan merupakan golongan profesional yang
peranannya mampu untuk mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat melalui
berita dan laporan. Oleh hal yang demikian, wartawan dianggap sebagai agen
perubahan masyarakat. Sebagai golongan yang berpengaruh, wartawan perlu
mempunyai etika dalam profesionnya untuk dijadikan peraturan dan panduan dalam
menjalankan tugas harian dengan rasa disiplin dan penuh tanggungjawab.
Pelbagai
definisi berkaitan etika diberikan oleh para
sarjana mana mereka melihat
etika sebagai satu
cabang ilmu falsafah yang membantu menentukan pemilihan tingkah
laku yang betul. Menurut Ahmad Amin (1983) beliau mengertikan etika adalah ilmu
yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh
manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka manakala etika menurut
pandangan Islam pula adalah apa yang dikatakan sebagai akhlak. Berdasarkan
definisi etika berikut, dapat disimpulkan bahawa etika kewartawanan ialah
adalah berlandaskan tanggungjawab dalam pemberitaan. Antara tanggungjawab utama
wartawan ialah melaporkan berita secara adil, jujur dan tepat serta menghormat
kerahsiaan maklumat. Ini merupakan aspek yang paling penting dalam profesion
kewartawanan.
Masyarakat mempunyai tanggapan wartawan
sebagai satu kumpulan yang berusaha mencari dan menyebarkan maklumat kepada
umum. Mereka sering bertungkus lumus dalam meneroka segala maklumat yang
mempunyai nilai berita. Namun begitu, wartawan perlu mempunyai etika untuk
menghindari berita yang bersifat perkauman, hasutan dan bertentangan dengan tatasusila
masyarakat. Untuk memenuhi keperluan inilah beberapa langkah atau pendekatan
yang digunakan dalam profesion kewartawanan untuk mewujudkan suatu etika yang
sesuai.