Menurut Saiful Nujaimi Abdul
Rahman (2009), terdapat sembilan aspek permasalahan etika yang sering dihadapi
oleh para wartawan. Masalah etika ini berevolusi menjadi dilema dunia
kewartawanan di seluruh dunia. Antara aspek tersebut ialah:
i. Muslihat
Apabila bermuslihat dengan sumber
demi mendapatkan berita.
Seperti menipu atau
menambah-nambah berita.
ii. Konflik kepentingan
Apabila wartawan dan agensi
memiliki kepentingan peribadi.
Seperti melindungi agensi atau
wartawan itu sendiri dengan menukar berita.
iii. Setiakawan
Apabila perlu melaporkan berita
negatif yang melibatkan rakan-rakan.
Seperti memilih kasih atau
melindungi rakan dengan mengubah berita asal.
iv. Pemberian
Apabila diberikan cenderamata
dalam pelbagai bentuk.
Seperti menerima habuan atau
dalam kata lain rasuah demi sesebuah berita atau informasi.
v. Pemberitaan berbayar
Apabila agensi luar membeli kolum
akhbar untuk memuatkan berita bercorak promosi dan publisiti syarikatnya dalam
bentuk berita sisipan.
Seperti iklan atau promosi yang
kebiasaannya diletakkan di dalam surat khabar dan majalah.
vi. Kecenderungan peribadi
Apabila agensi atau wartawan
berpihak kepada sesetengah parti politik, isu atau kempen tertentu.
Hal atau isu sebegini boleh
dikatakan sebagai berat sebelah dan hanya menyampaikan isu dari sebelah pihak
sahaja dan tidak tepat.
vii. Pencerobohan ruang privasi
Apabila wartawan menceroboh ruang
privasi seseorang sumber atau figura atas dan melaksanakan tugas-tugas
pemberitaan.
Hal ini berlaku apabila wartawan
tidak mematuhi etika kewartawanan dan hanya menumpukan perhatian untuk
mendapatkan berita terkini.
viii. Mengekang maklumat
Apabila wartawan merahsiakan
sesetengah maklumat yang diperolehi demi menggunakan maklumat itu untuk
kemudian hari.
Hal ini berlaku apabila wartawan
tidak mempunyai sifat atau sikap integriti dalam diri.
ix. Penciplakan
Apabila wartawan menggunakan atau
menyalin berita yang telah ditulis oleh rakan
atau agensi media lain untuk tujuan rujukan, tetapi tidak memberi penghargaan yang
sewajarnya.
Isu ini dalam kata lain adalah
peniruan atau pengambilan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan
maklumat yang dimiliki oleh orang lain.